Saturday, 30 November 2013

Diet sihat di hujung minggu

Memandangkan hari2 bekerja tu hari yg makan dan minum tak tentu dan kadang2 bila ada mesyuarat, kursus atau kawan2 ajak makan, kita pon makan sampai tak ingat dunia, maka eloklah di hujung minggu kita amalkan gaya hidup yg lebih sihat sikit. Cewwah!

Ni saya nak kongsi diet sihat untuk hujung minggu.


Sarapan







2 scoop Cinch Chocolate/Vanilla/Caffe Latte shakes
2 keping roti wholegrain atau apa2 makanan yg boleh release carbo secara perlahan macam oat,
malt etc.










Lunch


Makan nasi segenggam tangan kita. Ye, saiz nasi yg paling sesuai untuk turunkan berat badan adalah sebesar segenggam tangan kita. Beruntungla mereka yg genggaman tangannya besar. =P Lebihkan sayur2an dan protein dan kurangkan pengambilan karbo.


Tea Break









Harus ada tea break. Boleh minum teh tanpa gula sebab teh memang akan menyekat selera makan kita.











Dinner


Boleh makan apa sahaja kecuali karbo. Boleh ambil sup. Elok sangat.


Jangan lupa, siang2 tu selepas breakfast bolehla exercise. Takkan lepas breakfast panjat katil tido balik kot. Kata nak sihat. =P

Lepas tu sebelum tido, jangan terus tido. Sambil2 zikir sebelum tido tu, buatla senaman ringan. Jalan2 keliling ruma, main kejar2 dengan anak, dukung anak, naik turun tangga. Kalau lepas tu masih lapar, ambil high fibre drinks macam oat.


PENTING!! Jangan lupa minum air 3 liter sehari sekurang2nya. Setiap 25kg badan kita perlukan 1 liter air. Ingat tu. Kadang2 kita confuse rasa lapar tu sebenarnya tanda badan tak cukup air. Cuba sekali sekala kalau terasa lapar, minum air. Tentu hilang lapar tu.


Ni carta water intake yg sesuai untuk setiap peringkat umur.


Jadi semaklah keperluan pengambilan air setiap ari ok!


Kemudian, boleh ambil lecithin, alfalfa dengan herblax untuk kesan lebih BERJAYA!



Dan ye, kalau rasa lapar, boleh ambil in between meals. Makan la snacks. Tapi snacks yg paling sihat dah tentulah BUAH-BUAHAN!!




Kalau betul2 nak turunkan berat badan, kena pantau ni:


  • Kawal pengambilan kalori. Walaupun makanan tiada kolesterol, tak semestinya bebas kalori
  • Makan makanan tinggi protein
  • Kurangkan karbohidrat. Cukup nasi sebesar segenggam tangan kita
  • 3 Liter air
  • Workout/senaman. Macam org biasa seperti kita perlukan lebih kurang 2000 kalori sehari. Tapi untuk turunkan berat badan kita kena kurangkan pengambilan kalori kepada 1300-1500 kalori. Lagi 500 kalori tu akan dibakar daripada lemak degil yg sedia ada dalam badan kita. Dengan cara macam ni, kita boleh bakar 0.5- sehingga 2 kg seminggu berdasarkan pengawalan pengambilan kalori sahaja.

Mudah sebenarnya kan? Cuma nak istiqamah tu mungkin susah. Tapi terpulang. Kalau nak diri lebih sihat, maka DISIPLIN LAH!

Suplemen takkan dapat kuruskan anda. Kena konsisten dan rajin baru boleh turun. =)


Jom jom jom. Saya nak cuba!


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)



No comments:

Post a Comment