Wednesday, 27 November 2013

BERPANTANG CARA ALAMI DAN SHAKLEE

Saya baru je lepas membaca majalah Pa & Ma. Ada satu ruangan di situ yg mengulas mengenai cara untuk kekal dan segar selepas bersalin. Izinkan saya kongsi cara2 tu di sini ye. =P

Ada 2 cara untuk kekal segar dan sihat selepas bersalin. Ketika dalam pantang ni la banyak pantang larang yg kita kena jaga walau dalam kaedah perubatan tiada istilah pantang2 ni. Kita org melayu ni memang banyak pantang larang. Bagus sebenarnya kalau ikut pantang larang ni tapi kalau sampai boleh menjejaskan kesihatan, tak payah la diikutkan. Atau pantang larang tu boleh membawa kepada syirik atau kepercayaan karut marut, eloklah kita ketepikan. Ingat, kembali kepada ajaran Islam yg sebenar lebih bagus dan Insya Allah selamat. =)

Cara pertama untuk kekal segar dan sihat selepas bersalin mengikut majalah ni adalah penjagaan dalaman secara alami.

Ada disenaraikan beberapa jenis makanan yg boleh dianggap sebagai suplemen untuk menjamin ibu2 lepas bersalin ni kekal sihat dan segar. 


Madu

Pengambilan madu sebagai suplemen atau makanan tambahan boleh membantu meredakan kerisauan dan meningkatkan daya ingatan. Ibu2 lepas bersalin ni kalau diikutkan kerisauannya macam2. Jadi eloklah untuk ibu2 lepas bersalin untuk consume madu. Lagipun madu ni kan makanan sunnah. =) Selain tu, menurut majalah ni, luka yg dialami pada bahagian yg dibedah, sekiranya dibedah atau pada luka histerektomi bagi kes bersalin normal akan mudah sembuh  kalau kita ambil madu. Sebabnya, dalam madu ada antibakteria semulajadi, vitamin c dan bahan yg mampu merangsang pertumbuhan sel baru dan memperbaiki sel yg rosak. Madu jugak boleh memberi tenaga dengan segera. Madu membantu menambah darah dan juga selera makan selain dari glukos dan fruktosa dalam madu yg memberi tenaga segera bila kita ambil madu. Untuk ibu2 bersalin elok sangatla sebab lepas proses bersalin tu selalunya ibu2 ni akan cepat penat, menguruskan anak, menjaga diri lagi. Sambil2 tu boleh jugak melancarkan perjalanan darah nifas selepas bersalin.

Paling best, bonus untuk ibu2, madu dapat membantu mengurangkan dan mengawal kolesterol disebabkan gula asli dalam madu mengandungi antioksidan yg membantu untuk awet muda, bebas lemak, bebas kolesterol dan bebas garam. Bestnya makan madu. Madu lain tak mahu. =P


Ok, itu untuk penjagaan dalaman. Kalau penjagaan luaran pulak, ibu lepas bersalin boleh melakukan urutan dan mandian herba. Pelbagai jenis herba yg dijadikan sebagai alat bantuan untuk memberikan kesegaran kepada ibu bersalin ni.


Serai Wangi


  • Menghilangkan bau hanyir dan bau badan selepas bersalin
  • Menyegarkan badan yg rasa sakit2
  • Aroma daun tu bila direbus umpama terapi dan menghilangkan rasa stress
  • Memanaskan badan yg rasa sejuk2

Halia

  • Membantu menghadamkan makanan yg boleh menyebabkan sembelit
  • Membuang angin yg terdapat dalam usus kecil dan besar
  • Membuang kahak dan lendir yg melekat di bahagian halkum atau tekak
  • Menghilangkan kadar kesejukan yg terdapat pada makanan dan buah-buahan atau sayur-sayuran apabila telah dimakan atau diminum

Sirih

  • Sebagai bahan pencuci pada bahagian vagina bagi merawat keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal2 atau dijangkiti bakteria
  • Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu2 selepas bersalin
  • Membantu menghilangkan gatal2 kulit seperti kurap dan kayap
  • Menghilangkan dan meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yg tidak menyenangkan


Dalam majalah Pa & Ma ni jugak ada disenaraikan keperluan vitamin untuk ibu selepas bersalin. Nutrien apa yg ibu lepas bersalin perlukan untuk jaga kesihatan dalaman? Kenapa perlunya vitamin ni? Sebabnya ibu bersalin selalunya mengalami luka2 luaran mahupun dalaman termasuk pada bahagian rahim. Memang benar, ibu2 boleh mengambil makanan secara semulajadi untuk pemulihan badan. Tapi, kita boleh jugak mengambil suplemen sebagai tenaga tambahan untuk kembali segar dan sihat. Apa vitamin yg dicadangkan untuk ibu lepas bersalin?



Zat Besi

Memandangkan para ibu kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan, maka perlulah memastikan pengambilan makanan yg seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yg keluar semasa proses melahirkan tu. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih, lesu dan tidak bermaya. Bagi ibu yg berniat untuk menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah baik.


B Complex

Perlu dalam penghasilan darah merah di samping membantu menstabilkan hormon dalam badan manusia. Kekurangan B Complex boleh menyebabkan ibu di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B Complex sangat penting dalam membantu kita menjadi bertenaga dan memastikan emosi kita turut seimbang.


Vitamin C

Vitamin C adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin c jenis vitamin yg larut air, maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu untuk membantu badan pulih dari proses kelahiran.


Zinc

Ia adalah antara galian yg sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yg kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yg menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yg disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.


Ok, tu antara vitamin yg penting untuk ibu2 selepas bersalin. Dah cakap pasal vitamin, saya nak cerita benda yg lebih best lagi sbb di Shaklee, semua vitamin tu kita ada. Hehehe. 




Bagusnye jugak Shaklee ni sebab Shaklee ni bukan jamu. Kalau anak2 ada kuning, ibu2 lepas bersalin masih boleh teruskan healing process dengan mengambil Shaklee seperti biasa. Kalau makan jamu kena jaga2 la sebab kalau anak kena jaundis, memang tak boleh nak makan jamu sampai anak betul2 bebas jaundis. Untung kan kalau ambik Shaklee. Cepat sembuh!

Bila ibu cepat sembuh, sihat dan bertenaga, barula proses penyusuan bayi akan menjadi cemerlang dan gemilang. Barula boleh start kumpul stok!

Kalau ada ibu2 yg hampir2 nak bersalin, sebelum bersalin tu meh dapatkan set berpantang Shaklee ni. Ambil set berpantang Shaklee, lepas tu ambil pakej berurut dengan bidan, memang PERFECTO!!


Nak cuba?

PM/Call/SMS/WhatsApp 0163314797 untuk HARGA ISTIMEWA, TAWARAN HEBAT & KONSULTASI PERCUMA!!

Nak beli sendiri produk Shaklee terus dari Shaklee? Boleh aje. Klik link bawah ni ye.


Regards,

Marina, Ibu ZIdane =)





No comments:

Post a Comment