Saturday, 30 November 2013

Diet sihat di hujung minggu

Memandangkan hari2 bekerja tu hari yg makan dan minum tak tentu dan kadang2 bila ada mesyuarat, kursus atau kawan2 ajak makan, kita pon makan sampai tak ingat dunia, maka eloklah di hujung minggu kita amalkan gaya hidup yg lebih sihat sikit. Cewwah!

Ni saya nak kongsi diet sihat untuk hujung minggu.


Sarapan







2 scoop Cinch Chocolate/Vanilla/Caffe Latte shakes
2 keping roti wholegrain atau apa2 makanan yg boleh release carbo secara perlahan macam oat,
malt etc.










Lunch


Makan nasi segenggam tangan kita. Ye, saiz nasi yg paling sesuai untuk turunkan berat badan adalah sebesar segenggam tangan kita. Beruntungla mereka yg genggaman tangannya besar. =P Lebihkan sayur2an dan protein dan kurangkan pengambilan karbo.


Tea Break









Harus ada tea break. Boleh minum teh tanpa gula sebab teh memang akan menyekat selera makan kita.











Dinner


Boleh makan apa sahaja kecuali karbo. Boleh ambil sup. Elok sangat.


Jangan lupa, siang2 tu selepas breakfast bolehla exercise. Takkan lepas breakfast panjat katil tido balik kot. Kata nak sihat. =P

Lepas tu sebelum tido, jangan terus tido. Sambil2 zikir sebelum tido tu, buatla senaman ringan. Jalan2 keliling ruma, main kejar2 dengan anak, dukung anak, naik turun tangga. Kalau lepas tu masih lapar, ambil high fibre drinks macam oat.


PENTING!! Jangan lupa minum air 3 liter sehari sekurang2nya. Setiap 25kg badan kita perlukan 1 liter air. Ingat tu. Kadang2 kita confuse rasa lapar tu sebenarnya tanda badan tak cukup air. Cuba sekali sekala kalau terasa lapar, minum air. Tentu hilang lapar tu.


Ni carta water intake yg sesuai untuk setiap peringkat umur.


Jadi semaklah keperluan pengambilan air setiap ari ok!


Kemudian, boleh ambil lecithin, alfalfa dengan herblax untuk kesan lebih BERJAYA!



Dan ye, kalau rasa lapar, boleh ambil in between meals. Makan la snacks. Tapi snacks yg paling sihat dah tentulah BUAH-BUAHAN!!




Kalau betul2 nak turunkan berat badan, kena pantau ni:


  • Kawal pengambilan kalori. Walaupun makanan tiada kolesterol, tak semestinya bebas kalori
  • Makan makanan tinggi protein
  • Kurangkan karbohidrat. Cukup nasi sebesar segenggam tangan kita
  • 3 Liter air
  • Workout/senaman. Macam org biasa seperti kita perlukan lebih kurang 2000 kalori sehari. Tapi untuk turunkan berat badan kita kena kurangkan pengambilan kalori kepada 1300-1500 kalori. Lagi 500 kalori tu akan dibakar daripada lemak degil yg sedia ada dalam badan kita. Dengan cara macam ni, kita boleh bakar 0.5- sehingga 2 kg seminggu berdasarkan pengawalan pengambilan kalori sahaja.

Mudah sebenarnya kan? Cuma nak istiqamah tu mungkin susah. Tapi terpulang. Kalau nak diri lebih sihat, maka DISIPLIN LAH!

Suplemen takkan dapat kuruskan anda. Kena konsisten dan rajin baru boleh turun. =)


Jom jom jom. Saya nak cuba!


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)



Friday, 29 November 2013

Produk Shaklee di rumah kami =)

Hari ni nak cerita pasal suplemen yg saya guna la. Sebab ramai yg tanya, jual Shaklee ni guna tak barang Shaklee? Harus la guna. Sebab tu saya nak kongsi apa yg saya consume. =)

Suplemen kesihatan dan kecantikan yg saya ambil adalah:


B Complex (Setiap hari)





  • Mengandungi 8 jenis Vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yg baik. 
  • Menggalakkan kesihatan jantung, metabolisme tenaga dan replikasi DNA yg sihat.
  • Membantu menukar protein, lemak, karbohidrat dan makanan kepada tenaga. 
  • Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan
  • Meningkatkan fungsi otak

Alfalfa Complex (Setiap hari)



  • Kaya dengan nutrisi dan mineral surih
  • Melegakan rasa kebas dan sakit sendi
  • Merendahkan kolesterol
  • Mengandungi enzim penting untuk penghadaman makanan dan mengurangkan toksin
  • Mengandungi vitamin A,C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Lecithin (Setiap hari)



  • Sumber utama kolina yg terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf
  • Memecahkan lemak dan mengurangkan paras kolesterol dalam serum serta menolong mengurangkan berat badan
  • Menggalakkan fungsi optimum otak

Omega Guard Shaklee (Setiap hari)



  • Menggalakkan pertumbuhan mental untuk orang dewasa dan kanak2
  • Mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah
  • Mengurangkan risiko kanser payudara, prostat dan usus
  • Mengurangkan radang sendi
  • Kaya dengan DHA dan EPA 
  • Menggalakkan fungsi otak, fungsi mata dan sistem saraf

Sustained Release Vita-C Plus (Setiap hari)



  • Membantu dalam menyalurkan vitamin c secara berterusan
  • Membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yg sihat
  • Anti oksidan semulajadi
  • Mengekalkan intergriti sel
  • Mengurangkan simptom elergi

GLA Complex (Setiap hari)



  • Mengurangkan simptom seperti kegatalan, bengkak, mengelupas, kekeringan dan sakit sendi
  • Berkesan untuk mengatasi kemurungan, sakit kepala, kesakitan payudara dan masalah PMS
  • Mengimbangi hormon insulin dan menurunkan paras kolesterol
  • Mengatur kitaran haid

Herblax (Seminggu 2 kali)



  • Meningkatkan proses pencernaan secara lawas dan mengurangkan sembelit
  • Mengurangkan bau badan dan menghilangkan jeragat
  • Memudahkan fungsi usus

Garlic (Setiap hari)



  • Melegakan batuk dan selesema
  • Membantu peredaran darah dengan baik
  • Menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol
  • Meningkatkan sistem imun

Vita-E Complex (Setiap hari)




  • Mengandungi vitamin E asli dari minyak sayuran
  • Anti oksidan dan menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas
  • Mengurangkan risiko sakit jantung
  • Menolong melawan penuaan pra matang pada kulit
  • Menyokong prestasi otot dan mempercepatkan pemulihan

Energizing Soy Protein (Setiap hari)



  • Membekalkan tenaga
  • Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot
  • Protein bukan GMO yg lengkap dengan semua asid amino perlu
  • Rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol
  • Membantu menahan rasa lapar

Mealshakes (Setiap hari)



  • Sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan
  • Makanan segera yg rendah lemak dan rendah glikemiks

Collagen Shaklee Powder (Setiap hari- selagi stok masih ada =P)



  • Memperbaiki tekstur kulit wajah
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
  • Mengurangkan garis2 halus dan kedutan
  • Meningkatkan keserian, tona dan warna kulit
  • Menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang
  • Kolagen berkualiti tinggi dan tulen yg diekstrak daripada sisik ikan merah

Vivix Shaklee (Sepatutnya setiap hari tapi selalu terlupa sebab tertido)



  • Campuran unik botani Polyganum Cuspidatum, anggur muscadine, elderberi eropah dan lobak ungu yg kaya dengan polifenol
  • Mengandungi anti oksidan dan sel anti penuaan semulajadi
  • Melindungi dan memperbaiki sel DNA
  • Anti penuaan selular
  • Meningkatkan kadar hayat selular
  • Anti kanser, anti oksidan dan anti inflamasi
  • Melindungi daripada penyakit jantung, strok
  • Menstabilkan gula dalam darah

Performance Drink (Bila rasa penat dan nak lebih bertenaga)


  • Menyediakan tenaga karbohidrat bagi tubuh
  • Mengekalkan imbangan cecair tubuh dan elektrolit bagi mengelakkan penyahidratan
  • Membekalkan tenaga yg lebih lama

Nutriferon (Bila rasa nak demam)



  • Campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi
  • Menguatkan fungsi sistem imunisasi badan
  • Melindungi dari jangkitan demam, selesema, jangkitan bakteria, virus dan kanser
  • Mengaktifkan interferon tubuh untuk menguatkan fungsi sistem imun

Itu yg saya consume untuk kesihatan dalaman. Untuk set penjagaan kulit pulak, saya dah mula gunakan produk Shaklee pulak. Memang tak dinafikan sejak dari muda remaja dulu saya tiada masalah kulit yg serius. Sampaila ke awal tahun ni bila eczema yg saya alami merebak ke bahagian muka. Maka, dari situla saya ambil inisiatif untuk tukar produk. Saya jarang tukar produk. Sebelum ni saya guna Safi. Safi memang sesuai sangat dgn saya. Memang takde masalah. Sebelum ni pon kalau pakai pape produk pon memang takde masalah. Tapi disebabkan faktor umur yg meningkat. Yelah, tahun depan dah masuk 30 series kot. Kena la bertukar ke produk yg lebih semulajadi. Haha. =P

Jadi saya gunakan set enfuselle Shaklee. Dari pencuci, toner, moinsturizer, eye treatment cream. Complete change. Harga murah dari SKXX tapi tahan lama Insya Allah. Nak tengok testimoni boleh rujuk set penjagaan kulit Shaklee =)



Saya guna jugak Shaklee Herbal Blend Multi purpose Cream untuk merawat eczema dan kulit kering. Kalau nak tahu pasal krim magik ni boleh ke krim magik shaklee yg saya baru ulas semalam. 



Tak masuk lagi dengan perkakasan rumah. Saya guna Get Clean Water Pticher Shaklee. Apa water pitcher ni? Merupakan sistem penurasan air multi paten baru yg menghasilkan air yg lebih sihat. Berbanding dengan jag air yg lain, Get Clean Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan2 tercemar yg sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%. Berbaloi sangat. Al-maklumla, air kat umah tu kotor boleh tahan. 

Nak tengok standard air kat rumah saya? Ni haa. Masa ni ada member datang explain pasal water filter. Tengokla sendiri air yg kami satu rumah minum camna. Adoi.


Memandangkan kami xde bajet yg besar, dan kami tak nak terikat dengan komitmen membayar setiap bulan, maka kami pilih ini:




Kenapa gunakan Get Clean Water ni dikatakan pilihan bijak?

Sebeb:
  • Hanya beberapa sen bagi seliter air
  • Air yg lebih sihat dan rasanya yg enak
  • Jag air bermeter automatik pertama yg menunjukkan jumlah gelen air yg telah dituras - tak memerlukan kuasa elektrik
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos - tanpa perlu dimasak

Banyak kan produk Shaklee yg saya guna? Hehe. 

Kenapa pilih Shaklee?

Sebab Shaklee sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.

Di Shaklee ada lebih 80000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan ia berkesan dan tulen. Produk Shaklee jugak tiada paraben, Bisfenol-A, Peluntur, Perisa tiruan, Pewarna tiruan, lemak trans dan bahan laranganlain.

Kalau nak tahu, lebih 300 juta USD dilaburkan untuk lakukan penyelidikan dan pembangunan produk. Bahan2 yg Shaklee gunakan pon dah tentu semulajadi dan paling halus serta tulen. Sebab tu Herblax lama tiada di pasaran sebab nak dapat raw material yg up to Shaklee's standard tu susah. So Shaklee stop production herblax sampaila jumpe raw material yg betul2 ikut piawai diorang. Baru la ada balik herblax tu. Sampai macam tu sekali kan Shaklee jaga produk diorg.

Shaklee juga banyak menghasilkan produk mesra alam yg benar2 selamat sebab Shaklee sendiri adalah peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yg mesra alam.

Bercakap pasal status halal pulak. Dah tentu Shaklee halal. Takkan la saya nak promote dan pakai benda yg tak halal pulak. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh rujuk Status Halal Shaklee ni. Dah tahu halal haram, kemudian dah tahu produk semulajadi, kenapa tak nak cuba kan?

Kalau kita nak ubah kualiti hidup kita, mulakanla dengan diri sendiri. Ubah ke jenama yg lebih bagus, Insya Allah, kita akan ubah kualiti hidup kita dari bermacam segi. Baik dari segi kesihatan yg lebih baik, sampaila kepada side income yg menghasilkan banyak pulangan.

Jom cuba Shaklee. Belum cuba belum tahu. Bila dah cuba pasti MAHU!


PM/SMS/WhatsApp 0163314797 kalau nak cuba.

Nak beli sendiri? Boleh klik link kat bawah ni ok!!

Saya nak beli penapis air Shaklee!!


Regards,

Marina, Ibu Zidane. =)



Thursday, 28 November 2013

Krim Steroid v Krim Semulajadi Shaklee







Ni dia Shaklee Herbal blend multi purpose cream kegemaran saya. Saya ada eczema. Walau tak teruk tapi masih selalu singgah on n off. Paling ketara bila kena di bahagian mulut. Dah macam apa je rupa sendiri. Eczema kan macam2 jenis. Kalau tak di mulut di tempat lain. Bila kering jadi gatal. 

Krim ni memang soothing. Dah diuji secara klinikal untuk melembutkan kulit yg kasar, dan pecah2 pada lutut, siku, tumit dan kaki. Kalau tengok kat gambar ada tertulis mentholated, makanya krim ni memang berangin sedikit tapi berangin yg tak perit. Tenang dan tak berminyak gitu. =)

Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yg menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. So maksudnya, herbal blend ni memang diperbuat daripada bahan semulajadi.

Tahukah korang bahawa kebanyakan krim gatal yg dibekalkan oleh klinik atau hospital atau yg boleh didapati di farmasi2 mengandungi STEROID!!

Pembelian krim gatal ni tak perlukan prescription. Antara steroid yg selalu digunakan adalah hydrocortisone, betamethasone, clobetasol, triamcinolone, momethasone, clobetasone etc. Contohnya, krim gatal jenama Daktacort yg dijual mengandungi hydrocortisone. 

Selalunya, krim jenis ini banyak digunakan untuk:

  • Merawat ruam lampin (selalunya dicampur dengan ubat anti kulat macam Daktacort, Candacort etc;
  • Gatal2 disebabkan alahan seperti Elomet, Hydrocortisone, Betnovate, Dermovate etc;
  • Gigitan serangga;
  • Gatal di bahagian kemaluan - selalunya lelaki yg menghadapi masalah gatal di celah kelangkang
  • Psoriasis seperti Dermovate, Diprosalic, Beprosalic, Elomet etc.

Kenapa krim macam ni tak elok digunakan untuk jangka masa panjang dan perlu disapu nipis2 je?

Sebabnya, antara kesan sampingan steroid adalah menipiskan kulit dan sekiranya penggunaan yg banyak dan digunakan untuk tempoh yg lama, mungkin akan berlaku penyerapan dalam badan (system absorption) yg boleh membawa kesan2 buruk terhadap kesihatan.

Sebab tu jugak, sama macam bila kita nak pilih krim kecantikan atau pencuci muka, kena pilih yg betul2 elok, semulajadi, diluluskan oleh KKM supaya bila kita pakai untuk jangka masa yg lama, takdela kesan sampingan yg tak elok jadi kat kita. Nak ke nampak cantik tapi akhirnya kita kena kanser kulit? Tak takut ke? Jadi sama jugak la dalam memilih krim gatal ni. Jangan nak cepat hilangkan gatal, kesihatan diri sendiri kita abaikan. 

Ada jugak di antara steroid yg digunakan agak kuat dan tak sesuai untuk bayi. Untuk bayi, steroid yg boleh digunakan ialah hydrocortisone atau mometasone (generasi baru). Jenama terkenal macam Econazine tak sepatutnya digunakan pada bayi. Krim yg mengandungi steroid betamethasone, clobetasol, triamcinolone pon tak sesuai untuk penggunaan bayi sebab takutkan kesan sampingan kepada kesihatan bayi. Kulit bayi kan halus mulus. Senang sangat nak serap bahan2 yg tak elok ni.

Tapi kan, kalau ada pilihan yg semulajadi, kenapa nak bahayakan bayi dengan krim steroid jugak kan? Katakan TIDAK pada krim steroid. Hehe. 

Okla, pendekkan cerita, meh tengok testimoni la senang kan. Org kita ni suka tengok results kan. =)

Testimoni 1




Testimoni 2 



Testimoni 3




Testimoni 4




Testimoni 5



Testimoni 6



Tengok, bagus kan. Gambar last tu gambar testimoni sendiri. Saya sapu keliling mulut la. Takkan la pandai sangat sampai nak sapu kat bibir. =P

Nak cuba? Murah je. Tak mahal pon. RM2X je. Tak rugi guna yg semulajadi ni tau. Untuk kesejahteraan masa panjang jugak.

PM/Call/SMS/WhatsApp 0163314797 untuk TAWARAN HEBAT, HARGA ISTIMEWA dan dah tentu KONSULTASI PERCUMA!



Regards,

Marina, Ibu Zidane =)


Wednesday, 27 November 2013

BERPANTANG CARA ALAMI DAN SHAKLEE

Saya baru je lepas membaca majalah Pa & Ma. Ada satu ruangan di situ yg mengulas mengenai cara untuk kekal dan segar selepas bersalin. Izinkan saya kongsi cara2 tu di sini ye. =P

Ada 2 cara untuk kekal segar dan sihat selepas bersalin. Ketika dalam pantang ni la banyak pantang larang yg kita kena jaga walau dalam kaedah perubatan tiada istilah pantang2 ni. Kita org melayu ni memang banyak pantang larang. Bagus sebenarnya kalau ikut pantang larang ni tapi kalau sampai boleh menjejaskan kesihatan, tak payah la diikutkan. Atau pantang larang tu boleh membawa kepada syirik atau kepercayaan karut marut, eloklah kita ketepikan. Ingat, kembali kepada ajaran Islam yg sebenar lebih bagus dan Insya Allah selamat. =)

Cara pertama untuk kekal segar dan sihat selepas bersalin mengikut majalah ni adalah penjagaan dalaman secara alami.

Ada disenaraikan beberapa jenis makanan yg boleh dianggap sebagai suplemen untuk menjamin ibu2 lepas bersalin ni kekal sihat dan segar. 


Madu

Pengambilan madu sebagai suplemen atau makanan tambahan boleh membantu meredakan kerisauan dan meningkatkan daya ingatan. Ibu2 lepas bersalin ni kalau diikutkan kerisauannya macam2. Jadi eloklah untuk ibu2 lepas bersalin untuk consume madu. Lagipun madu ni kan makanan sunnah. =) Selain tu, menurut majalah ni, luka yg dialami pada bahagian yg dibedah, sekiranya dibedah atau pada luka histerektomi bagi kes bersalin normal akan mudah sembuh  kalau kita ambil madu. Sebabnya, dalam madu ada antibakteria semulajadi, vitamin c dan bahan yg mampu merangsang pertumbuhan sel baru dan memperbaiki sel yg rosak. Madu jugak boleh memberi tenaga dengan segera. Madu membantu menambah darah dan juga selera makan selain dari glukos dan fruktosa dalam madu yg memberi tenaga segera bila kita ambil madu. Untuk ibu2 bersalin elok sangatla sebab lepas proses bersalin tu selalunya ibu2 ni akan cepat penat, menguruskan anak, menjaga diri lagi. Sambil2 tu boleh jugak melancarkan perjalanan darah nifas selepas bersalin.

Paling best, bonus untuk ibu2, madu dapat membantu mengurangkan dan mengawal kolesterol disebabkan gula asli dalam madu mengandungi antioksidan yg membantu untuk awet muda, bebas lemak, bebas kolesterol dan bebas garam. Bestnya makan madu. Madu lain tak mahu. =P


Ok, itu untuk penjagaan dalaman. Kalau penjagaan luaran pulak, ibu lepas bersalin boleh melakukan urutan dan mandian herba. Pelbagai jenis herba yg dijadikan sebagai alat bantuan untuk memberikan kesegaran kepada ibu bersalin ni.


Serai Wangi


  • Menghilangkan bau hanyir dan bau badan selepas bersalin
  • Menyegarkan badan yg rasa sakit2
  • Aroma daun tu bila direbus umpama terapi dan menghilangkan rasa stress
  • Memanaskan badan yg rasa sejuk2

Halia

  • Membantu menghadamkan makanan yg boleh menyebabkan sembelit
  • Membuang angin yg terdapat dalam usus kecil dan besar
  • Membuang kahak dan lendir yg melekat di bahagian halkum atau tekak
  • Menghilangkan kadar kesejukan yg terdapat pada makanan dan buah-buahan atau sayur-sayuran apabila telah dimakan atau diminum

Sirih

  • Sebagai bahan pencuci pada bahagian vagina bagi merawat keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal2 atau dijangkiti bakteria
  • Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu2 selepas bersalin
  • Membantu menghilangkan gatal2 kulit seperti kurap dan kayap
  • Menghilangkan dan meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yg tidak menyenangkan


Dalam majalah Pa & Ma ni jugak ada disenaraikan keperluan vitamin untuk ibu selepas bersalin. Nutrien apa yg ibu lepas bersalin perlukan untuk jaga kesihatan dalaman? Kenapa perlunya vitamin ni? Sebabnya ibu bersalin selalunya mengalami luka2 luaran mahupun dalaman termasuk pada bahagian rahim. Memang benar, ibu2 boleh mengambil makanan secara semulajadi untuk pemulihan badan. Tapi, kita boleh jugak mengambil suplemen sebagai tenaga tambahan untuk kembali segar dan sihat. Apa vitamin yg dicadangkan untuk ibu lepas bersalin?



Zat Besi

Memandangkan para ibu kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan, maka perlulah memastikan pengambilan makanan yg seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yg keluar semasa proses melahirkan tu. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih, lesu dan tidak bermaya. Bagi ibu yg berniat untuk menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah baik.


B Complex

Perlu dalam penghasilan darah merah di samping membantu menstabilkan hormon dalam badan manusia. Kekurangan B Complex boleh menyebabkan ibu di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B Complex sangat penting dalam membantu kita menjadi bertenaga dan memastikan emosi kita turut seimbang.


Vitamin C

Vitamin C adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin c jenis vitamin yg larut air, maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu untuk membantu badan pulih dari proses kelahiran.


Zinc

Ia adalah antara galian yg sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yg kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yg menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yg disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.


Ok, tu antara vitamin yg penting untuk ibu2 selepas bersalin. Dah cakap pasal vitamin, saya nak cerita benda yg lebih best lagi sbb di Shaklee, semua vitamin tu kita ada. Hehehe. 




Bagusnye jugak Shaklee ni sebab Shaklee ni bukan jamu. Kalau anak2 ada kuning, ibu2 lepas bersalin masih boleh teruskan healing process dengan mengambil Shaklee seperti biasa. Kalau makan jamu kena jaga2 la sebab kalau anak kena jaundis, memang tak boleh nak makan jamu sampai anak betul2 bebas jaundis. Untung kan kalau ambik Shaklee. Cepat sembuh!

Bila ibu cepat sembuh, sihat dan bertenaga, barula proses penyusuan bayi akan menjadi cemerlang dan gemilang. Barula boleh start kumpul stok!

Kalau ada ibu2 yg hampir2 nak bersalin, sebelum bersalin tu meh dapatkan set berpantang Shaklee ni. Ambil set berpantang Shaklee, lepas tu ambil pakej berurut dengan bidan, memang PERFECTO!!


Nak cuba?

PM/Call/SMS/WhatsApp 0163314797 untuk HARGA ISTIMEWA, TAWARAN HEBAT & KONSULTASI PERCUMA!!

Nak beli sendiri produk Shaklee terus dari Shaklee? Boleh aje. Klik link bawah ni ye.


Regards,

Marina, Ibu ZIdane =)





Wednesday, 20 November 2013

Omega Guard Shaklee. Minyak Ikan terbaik untuk anda!

Arini saya nak share kebaikan minyak ikan in general. Ramai yg tahu minyak ikan ni bagus. Tapi diorang tak tahu secara khususnya apa bagusnya minyak ikan ni kepada kita. Perlu ke makan minyak ikan?

Ok, jom mula!


Metabolisme


Apa kaitannya metabolisme dengan minyak ikan ni? Kalau nak tahu, dengan mengambil minyak ikan ni, kita boleh meningkatkan metabolisme dalam badan kita ni. Makin kita berusia, kadar metabolisme kita berkurang. Sebab tu elok sangat ambil minyak ikan ni sebagai suplemen untuk tingkatkan kadar metablolisme badan. Selain daripada tu, minyak ikan jugak melancarkan peredaran darah dan proses fisiologi. Dengan makan minyak ikan, kita boleh menurunkan kadar kolesterol total dalam badan, mengekalkan tahap kseihatan LDL dan Trigliserida.  Sebab tu kalau tengok orang nak turunkan berat badan, diorang consume minyak ikan. Sebabnya, minyak ikan dapat mengurangkan lemak yg berlebihan dan akhirnya dapat membantu penurunan berat badan.



Memelihara Sistem Kardiovaskular

Sedar atau tidak sebenarnya, dengan pengambilan minyak ikan, kita boleh mencegah serangan jantung dan strok. Sebabnya DHA dan EPA dalam minyak ikan menentang thrombosis, tekanan darah tinggi dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan memastikan peredaran darah menjadi lancar ke seluruh badan. Orang yg pernah alami strok minor elok sangat ambil minyak ikan untuk mencegah penggumpalan darah di seluruh tubuh. Di samping tu, minyak ikan boleh menurunkan hipertensi dan mencegah kekakuan dinding arteri yg boleh membawa kepada serangan jantung.


Meningkatkan sistem kekebalan tubuh

Makan minyak ikan tidaklah menyebabkan kita menjadi seperti badang. Ataupon seperti thor. Haha. Sistem kekebalan tubuh ni merujuk kepada sistem imuniti dalam badan kita la. Bila kita makan minyak ikan, kita dapat meningkatkan fungsi kekebalan tubuh, stamina dan daya tahan tubuh. Kita juga dapat mengurangi inflamasi atau keradangan macam ekzema tu. Minyak ikan jugak baik untuk proses detoksifikasi serta sebagai anti bakteria dan anti virus. Untuk mereka yg baru lepas pembedahan, minyak ikan bagus untuk mempercepatkan penyembuhan.



Bagus untuk sel

Minyak ikan bagus untuk meningkatkan peredaran oksigen dan membentuk sel-sel baru di seluruh tubuh. Secara tak lansung jugak kita dapat memaksimumkan fungsi sel-sel saraf dan otak macam daya ingatan, berfikir, dan konsentrasi. Sebab tu ibu2 hamil kalau di trimester kedua, kita suggest untuk ambil minyak ikan. Sebab DHA adalah nutrien utama untuk otak. Elok untuk perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. Untuk ibu2 yg menyusukan anak2 pon digalakkan untuk ambil minyak ikan sebab susu ibu kaya dengan DHA. DHA ni meningkatkan keupayaan memori dan tumpuan ketika belajar, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migrain.

Selain bagus untuk sel otak, minyak ikan juga bagus untuk mematikan jaringan sel kanser dan kekal sebagai anti oksidan untuk melawan radikal bebas yang merosak sel-sel tubuh. Kajian mendapati bahawa Omega 3 dalam minyak ikan boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Minyak ikan jugak bagus untuk meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.



Baik untuk Sistem Saraf

Minyak ikan bagus untuk sistem saraf. Kita juga dapat melindungi otak dari toksin terutamanya pasca stroke. Untuk ibu2 yg baru lepas bersalin, minyak ikan bagus untuk mengatasi depresi setelah melahirkan.


Kesihatan Mata

Minyak ikan turut berfungsi untuk menjaga kesihatan mata secara menyeluruh dan mengoptimumkan fungsi penglihatan.



Bagus untuk sistem pernafasan

Kalau mereka yg ambil minyak ikan, kebarangkalian untuk terkena bronchitis, asma dan penyakit paru2 akan berkurangan. Sebab tu dalam sesetengah kes bila ada yg terkena lelah atau asma, dengan pengambilan minyak ikan, sakit pada sistem pernafasan ni akan berkurangan.



Memelihara kesihatan sendi

Paras asid dalam omega 3 larut dalam tisu rawan. Sebab tu minyak ikan boleh mencegah kemusnahan enzim yg membentuk tisu rawan. Dalam masa yg sama, minyak ikan mengatasi sakit akibat Arthritis, memelihara fungsi2 sendi dan gout dengan efektif.



Mencantikkan kulit

Makan ikan minyak boleh menjaga kecantikan dan kesihatan kulit sebab darah mengalir baik ke seluruh badan. Dalam masa yg sama, dapat menambah anjalkan kulit dan menghaluskan kulit. Elok untuk orang yg jenis ekzema. =)

 

Sistem reproduksi yang sihat

Makan minyak ikan boleh mengatasi masalah PMS. Dalam masa sama jugak boleh meningkatkan fungsi reproduksi dan menyuburkan serta mengatasi kekeringan ketika menopaus. Makan minyak ikan juga boleh mengatasi gangguan prostat.



Bagus untuk ibu hamil dan menyusukan

Ibu hamil digalakkan makan minyak ikan untuk menjaga pertumbuhan dan perkembangan otak bayi. Dalam masa yg sama jugak ibu2 dapat kesihatan yg optimum gitu!!


Isunya sekarang, minyak ikan memang bagus. Tapi kenapa ambil Shaklee??

Kelebihan Shaklee adalah:

Shaklee mempunyai minyak ikan terbaik di dunia. Sebab minyak ikan Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam di perairan Jepun. Sah2 minyak ikan Shaklee BUKAN minyak hati ikan.

Omega Guard Shaklee adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Kalau nak compare dengan brand lain, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yg mempunyai rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA.

Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 90mg asid lemak Omega 3 EPA dan DHA

Kebanyakan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Kaedah ni bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrien malah tak dapat menapis kandungan logam yg membahayakan kesihatan.

Shaklee pula menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini. Apa prosesnya? Proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 yg paling tulen dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB.

Sebab tu la Omega Guard Shaklee BEST!!








Alang2 membeli suplemen dan minyak ikan, ambilla yang paling baik dan semulajadi. Sebab tu saya pilih Shaklee!!


Jom cuba Omega Guard Shaklee.


Regards,

Marina, Ibu Zidane. =)

Tuesday, 19 November 2013

Nak kurus dengan Shaklee?

Kenapa kita kena dapatkan berat badan ideal? Ada juga yg beralasan yg berat badan tak menunjukkan tahap kualiti kesihatan seseorang. Hadoi. Ni mentaliti yg perlu diubah. Meh kita cek gamba di bawah:



Takut kan? Kalau saya, saya risau. =)

Kita mesti ada keinginan untuk dapat bentuk badan yg cantik. Kalau yg baru lepas bersalin, mesti nak dapatkan bentuk badan sebelum mengandung. Kalau yg lelaki, masalah buncit tu memang sinonim sangat la. Bila ada keinginan untuk kurus, kita jugak la yg letak pilihan untuk kurus bagaimana. Kat bawah ni adalah cara2 yg diambil oleh kebanyakan org untuk cepat kurus:


  • Diet segera
  • Produk pelangsingan
  • Diet tinggi protein
  • Diet rendah kalori
  • Diet karbohidrat
  • Diet sup
  • Pusat pelangsingan badan
  • Rawatan pembedahan

Tapi, kenapa kebanyakan diet kita ni GAGAL?

Sebabnya, antara lain:

  • Kekurangan nutrisi
  • Sukar untuk mengikuti diet
  • Hasil yg lambat
  • Kandungan tidak selamat
  • Merendahkan kadar metabolisme

Akhirnya, kita hilang kesabaran, kepercayaan dan harapan. Dan kita pon gagal dalam berdiet. Antara kitaran diet yg ditakuti dan seharusnya dielakkan misalnya pada kebanyakan diet, kita kehilangan lemak dan otot. Apabila kita kehilangan otot, kita kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan akhirnya merendahkan kadar metabolisme kita. Bila tak ada tenaga, maka kita tak boleh membakar lemak. Kita lupa yg membakar lemak perlukan tenaga. Dan tenaga terhasil daripada MAKANAN. Bila kadar metabolisme rendah, kita kurang membakar lemak, maka badan makin membesar. Ni lah yg dinamakan diet yo-yo. Kejap naik kejap turun.

Sebab tu kalau ikut diet ala kevin zahri, dia pesan supaya kita makan kerap dan kalau nak makan nasi kena ambil saiz segenggam tangan kita sahaja. Kenapa kena makan kerap? Sebab bila kita makan kerap, maka kebarangkalian untuk kita rasa lapar sentiasa tu kurang. Jadi masa makan heavy meal tu, takdela kita sebat makanan sampai tak hingat dunia. =P



Di bawah saya tunjukkan kitaran diet yang tidak sihat:



Sebab tu, nak kurus kena ada ilmu. Bukan sebarangan je. Kena tau kalori intake, kalori defisit semua tu. Baru la boleh kurus dengan cara yang sihat.



Ni set kurus Shaklee. Kalau nak yg basic lagi pon ada. Yang penting, set kurus Shaklee fokus pada 3 elemen utama:

  • Bakar
  • Buang
  • Bina Otot

Maksudnya  mula2 kita bakar lemak, kemudian kita buang melelalui proses detoks dan kemudian kita bina otot iaitu kita ubah lemak menjadi otot. Bila lemak dah ditukar menjadi otot barula badan kita fit dan xde lagi menggeleber. =)

Jom tengok mereka2 yg dah berjaya kurus dengan set Shaklee.
















Gambar sendiri pon nak join sekali... Ngeee...... =P


Kalau teringin nak tengok set slimming, rajin2 la klik SET SLIMMING ni.

CALL/SMS/PM/WhatsApp 0163314797 untuk dapatkan set slimming ni. Korang bukan sekadar dapat suplemen, korang akan dapat konsultasi berterusan seumur hidup!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane =)







 

Monday, 18 November 2013

Mudahnya menjemput rezeki

Masa saya blogwalking semalam, saya terjumpa amalan menarik untuk menjemput rezeki di blog ini. Jadi, hari ni saya nak kongsikan cara mudah untuk jemput rezeki. Bila kita dah tahu cara nak jemput rezeki, barulah kita tau hakikatnya menjemput rezeki tu jauh lebih mudah daripada mencari rezeki. Jom tengok!!

Surah Ibrahim, ayat 7 :

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." 

Berikut saya senaraikan antara cara untuk menjemput rezeki direct kepada Pencipta dan Pemberi Rezeki.

1. Bersyukur kepada Allah


Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

Jadi, cara yg paling mudah, bersyukur dengan apa yg ada. Orang yg tidak bersyukur atau kufur nikmat ni akan sentiasa rasa tak cukup sebab anugerah yg sedikit pon tidak disyukuri. Walau besar mana sekali pon rezeki yg Allah beri, kalau tiada rasa bersyukur dalam diri, maka, manusia akan sentiasa rasa tak cukup memanjang.

2. Utamakan beribadah


Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Dah jelas dalam Al-Quran yg mengatakan bahawa Allah cipatkan manusia di atas muka bumi ni untuk sujud kepadanya. Dalam satu riwayat dinyatakan seorang Sahabat Nabi sedang bekerja. Beliau menyiapkan dinding yg terdiri daripada susunan batu bata. Pada masa azan dilaungkan, kerjanya sudah hampir selesai, iaitu hanya tinggal meletakkan sebutir bata sahaja lagi. Apabila ketulan terakhir itu diletakkan di tempatnya, maka sempurnalah kerjanya. Namun, tatkala mendengar azan dilaungkan, serta merta Sahabat tersebut menghentikan kerjanya dan terus menuju ke tempat solat. Bila beliau ditanya mengapa tidak teruskan sahaja kerjanya tadi sebab hanya tinggal meletakkan seketul batu bata sahaja lagi. Beliau menjawab, jika beliau meneruskan kerjanya, maka beliau membesarkan batu bata dan kerjanya dan tidak membesarkan Allah. Subhanallah. Ini la peribadi sahabat nabi. Kalau kita, bisikan dalam hati ni asyik suruh sambung kerja yg takkan pernah habis. Kalau kita nakkan sesuatu daripada manusia, dah tentu kita buat baik dengan manusia tersebut. Habis, kalau kita nak rezeki berkat yg melimpah ruah, kenapa kita tak menjaga hati yg Maha Meberi Rezeki? Allahu.


3. Memperbanyakkan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: 

“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Sebenarna, bukan susah pon nak istighfar. Sambil buat kerja pon boleh. Tapi kita ni manusia. Lidah kita lebih basah dengan lagu daripada alunan zikir kepada Allah.

4. Meninggalkan perbuatan atau amalan yang berdosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi).

5. Sentiasa mengingati Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

6. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) 
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

7. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

8. Menunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

Tapi kita ni manusia. Selalu lebihkan hawa nafsu sendiri daripada membantu saudara kita yg lain kan. Kerdilnya rasa. ='(

9. Memperbanyakkan Selawat


Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

10. Buat kebajikan sebanyak mungkin


Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

11. Memulakan aktiviti harian seawal pagi


Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. 

12. Menjalin dan menghubungkan silaturrahim


Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

13. Sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk


Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

14. Bersedekah dan infaq ke jalan Allah


Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

15. Mengamalkan solat tahajud


Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.


16. Mengamalkan solat sunat Dhuha


Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. 

Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
 

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu


Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. 

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa


Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

Memang betul Allah tahu apa isi hati kita. Tapi kan lebih elok kalau kita meminta. Kalau tak meminta, mungkin sebenarnya kita belum rasa sesuatu benda itu penting untuk kita.


19. Berikhtiar sehabisnya


Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) 

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal kepada Allah


Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3) 
Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) 

Ini semua antara cara mudah untuk menjemput rezeki dengan sebaik2 cara dan sebenar2 amalan berdasarkan dalil. Jadi kalau rasa nak mula jemput rezeki, eloklah amalkan setiap hari!



Regards,

Marina, Ibu Zidane =)