Friday, 25 October 2013

Kurus & sihat dengan Shaklee =)

Dilema ibu-ibu lepas bersalin ni memang sangat tipikal. Semua ibu-ibu yg lepas bersalin ni berazam untuk kuruskan badan atau paling tidak kurangkan berat badan selepas bersalin. Tapi kadang2 dek kerana keinginan nak kurus balik tu melonjak2, kita lupa yg nak kuruskan badan ni pon kena perlukan masa. Bayangkan, kita tambah berat badan dalam masa 40 minggu kehamilan, takkan nak expect kita selim melim terus sebaik sahaja anak dikeluarkan. Hehe. Tak make sense kan?

Meh tengok evolusi gambo saya lepas bersalin. =P





Gambar di sebelah kiri tu betul2 dalam 3 bulan lepas bersalinkan Muslim Wajdi Zidane. Kemain sihat kan? Tengok lengan pon tahu. Kemudian, gambar sebelah kanan tu masa 4-5 bulan lepas bersalin. Ok sikit la kan.

Masa mengandungkan Muslim Wajdi Zidane, saya kena cucuk inferon akibat kekurangan HB dalam darah. 8 kali cucuk. Sakit memang tak tau la nak imagine macam mana. Bayangkan, ada yg baru 2 kali cucuk dah pengsan sebab tak tahan. Ni kan pulak 8 kali cucuk. Masa ni makan supplemen yg klinik bagi je. Makan pon ikut sedap je. Yg elok tak mau makan. Padan la muka kan. =P

Bila kena cucuk sampai 8 kali, kesannya, lepas bersalin sampai anak umo 6 bulan sakit belakang dgn sakit di tempat cucuk. Memang nak berbengkung susah la. Dah macam org yg kena c-sect plak kan. Nak kata cucuk inferon ni punya sakitla, sampai anak sekarang dah masuk setahun 2 bulan, lebam di tempat cucuk masih ada la. Serius. Untuk ibu-ibu mengandung kat luar sana, tolongla elakkan kena cucuk inferon ni. Sakit tau.

Dulu ingat memang tak dapat la nak kecikkan sket badan ni. Sebab berbengkung pon tidak. Disebabkan anak kena jaundis hampir sebulan, maka sebulan yg pertama memang takdela nak minum teh herba yg dalam set bersalin tu. Set bersalin tu macam tu je la. Membazir je. Tu pon satu hal. Masa tu tak tau pasal set bersalin Shaklee. Kalau tak memang dah try. Anak kuning pon boleh consume lagi. Takde hal.

Masuk bulan kedua selepas melahirkan, saya cuba set penyusuan Shaklee. Masa tu la berjinak-jinak sekali dengan set kurus Shaklee. Supplemen Shaklee ni ada banyak fungsi. Sebab tu secara tak langsung, dalam set penyusuan pon ada supplemen yg berfungsi sama macam set kurus Shaklee. Macam shooting 2 rabbits with 1 stone la kekdahnya ni. =)

Jadi, dalam masa 8 bulan menggunakan supplemen Shaklee, saya dapat kembali berat sebelum mengandung. Memang takkan dapat dalam sebulan dua sebab saya jenis makan tak beringat. Maklumla, bila kita susukan anak, kita selalu rasa lapar. Sebab tu makan saya tak sekat. Cuma kesannya mungkin tak secepat orang lain. Bila dah dapat berat sebelum mengandung, berat tu maintain sampai sekarang. Turun ada kadang-kadang tapi dek kerana disiplin yang ke laut, takdela turun banyak sangat. Tapi yang saya perasan, inch loss memang tetap ada. Dulu lepas bersalin, pakai seluar saiz 32-33, tapi sekarang dah boleh pakai seluar saiz 28. Ada try pakai seluar saiz 26, pon muat cuma tak selesa. Tapi bolehla menjadi pembakar semangat untuk terus kurangkan inci.

So, ini gamba sekarang... Tadaaaa....



Yg belah kanan masa 7 bulan lepas melahirkan dan yg sebelah kiri tu masa anak 11 bulan. Memang saya tak nafikan, dalam masa yg sama, penyusuan adalah antara faktor kenapa saya boleh dapatkan berat badan saya kembali. Setiap kali menyusukan anak paling kurang 500 kalori terbakar dalam proses penyusuan tu. Terbaikkan?

Apa yg saya ambil untuk kuruskan kembali badan yg membelon?

Ni setnya:


Tapi memandangkan saya tak jaga makan minum saya. Tak jaga tu dalam erti kata lain saya belasah je makan apa yg saya nak, maka saya ada tambah 2 lagi supplemen untuk bantu menguruskan badan dengan lebih cepat. Apa dia? Ni haa...






Memang ini la yg membantu saya dalam masa 8 bulan proses mendapatkan berat badan sebelum bersalin. Dalam masa yang sama, saya dalami gak tips-tips dan ilmu-ilmu untuk menguruskan badan ni.

 Antara lain, tips yg kita kena ambil tahu adalah:


  • Minum 3liter air sehari. Kalau boleh lebih dari tu. Setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air. Jadi kalau berat kita 50kg, kita perlukan 2 liter air. Tu kalau tak nak turunkan berat. Kalau kita nak turunkan berat badan, kena gandakan sekali so maksudnya, orang yang beratnya 50kg, kalau nak turunkan berat badan, kena ambil 4 liter air sehari. Lagi pon, antara sebab kita nak kena minum air banyak ni sebab cara penyahtinjaan ni melalui buang air besar dan kecil kan. So macam mana nak angkut lemak-lemak dan sisa tinjaan yg tak diperlukan badan kalau cecair dalam badan ni kurang?
  • Tips kedua, JANGAN SKIP MASA MAKAN. Maksudnya, jangan kita diet dengan cara kita tak makan lunch atau dinner atau breakfast. Breakfast pada saya adalah RAJA. Kalau kita tak makan, potensi kita untuk makan lebih banyak waktu lunch tu sangat besar. Kalau kita skip lunch, potensi kita untuk makan lebih banyak time dinner lebih besar. Sebab lapar kan? Jadi jangan skip meals anda ok. Lagipon kita kena faham, kita perlukan tenaga untuk membakar lemak. Tenaga datang daripada makanan. Macam mana kita nak bakar lemak kalau kita takde tenaga? Kan kan kan?

Nak tau tips lagi? Meh PM/Call/SMS/WhatApps 0163314797 untuk tau semuanya. Banyak benda saya nak kongsi pasal tips untuk kuruskan badan ni. 


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)


No comments:

Post a Comment