Thursday, 24 October 2013

Kenapa saya pilih Shaklee?




Sebelum ni ramai kawan yang tahu saya ni jenis yang tak sukakan MLM. Apa jenis sekali pun MLM tu saya akan cuba lari dan tepis. Malah, orang2 yg jual produk MLM ni masuk dalam senarai yang perlu dihindari kalau terjumpa. Hehe. Skeptikal kan saya?

Tu dulu la. Sekarang tidak lagi.

Setelah saya dalami dan fahami dan setelah saya berjumpa dengan sifu yang betul barula saya faham konsep MLM ni. Tapi konsep MLM Shaklee je la. Yg lain saya tak tau. Hehe. =P

Dulu sebelum saya mula berkenalan dengan Shaklee ni, saya sibuk mencari set menyusu. Masa tu tengah dalam pantang Muslim Wajdi Zidane la. Sibuk sangat nak susukan anak kan. Maka terjebakla dengan pembacaan mengenai produk Shaklee ni. Masa mula2 nak beli tu saya tanya dengan mak, Shaklee ni ok ke. Mak saya pon tak pernah beli produk Shaklee. Apa yg dia jawab hanyalah "Shaklee ni dah lama ni". Mana dia tau tak tau la. Hehe.

So saya start la beli supplemen sejak anak berusia 2 bulan camtu. Tapi sebelum ambik Shaklee saya pon dah faham konsep supplemen ni macam mana. Supplemen bukan magik. Supplemen cukupkan nutrien dalam badan kita. =)

Bila anak dah masuk 4 bulan barula saya terbukak hati nak jadi ahli. Tu pon sebab saya fikir tiap bulan saya beli supplemen. Seronok jugak kalau saya dibayar setelah saya kumpul point2 atau dalam bahasa Shaklee UV la.

Antara sebab lain kenapa saya pilih Shaklee:

  • Dengan bayaran serendah RM65, keahlian adalah seumur hidup kecuali tidak membuat sebarang belian dalam tempoh bertahun-tahun.
  • Susur galur upline saya adalah terdiri daripada mereka yang bukan sekadar menjual produk, tetapi turut memberi konsultasi berterusan kepada setiap pelanggan merupakan faktor penarik kenapa saya ingin menjadi ahli dan masuk ke dalam group khas mereka.
  • MLM yang patuh syariah dan kaedah yang diajar jika mahu serius berniaga sememangnya logik untuk dicapai walau tanpa modal. (kecuali untuk mendaftar keahlian)
  • Selain dapat membuat belian dengan harga ahli, kita juga boleh dapat mata(UV) daripada setiap pembelian dan jika mencapai minimum 150UV sebulan, sudah layak menerima bonus.
  • Paling best, makin banyak jualan/belian, makin banyak bonus yang Shaklee bayar dan bonus masuk tengah bulan pula tu..di saat gaji bulanan tinggal separuh atau suku..Yg ni saya suka.
  • Nak lagi best? Sistem MLM dalam Shaklee bukanlah sistem berpiramid yang menkayakan upline. Selalu kalau MLM ni menkayakan upline ni dah jadi macam kebiasaan. Tapi dalam Shaklee, akan tiba waktu UV kita akan bercerai daripada UV upline kita. Tapi kena achieve target yg ditetapkan la. Sebab tu ada situasi dalam Shaklee ni, downline naik rank dulu daripada upline dan downline dengan upline dalam rank yg sama. Kekdahnya mudah, anda buat anda dapat. Anda berusaha, anda yg lebih dapat. Takde la isu yg downline buat kerja untuk upline jadi kaya. Best kan?

Pendek kata, sebenarnye, bila kita dah join, bisnes Shaklee ni kita tetapkan balik kenapa kita pilih nak join pada awalnya. Nak tambah pendapatan ke? Nak bantu suami ke? Nak isi masa lapang ke atau macam mana?

Kalau sekadar daftar kemudian goyang kaki memang tak dapat la. 

Macam saya, once bonus saya dah sama banyak macam gaji bulanan saya atau lebih daripada gaji bulanan saya, saya nak berhenti kerja. Hehe. Seronok apa tengok anak-anak membesar depan mata. =)

Ok, kalau teringin nak jadi member boleh refer sini Jom Sertai Kami! 

Kalau nak cerita pasal cash back bonus, leadership bonus, car bonus, trips etc etc, boleh jugak roger2 saya. Tak kenal maka tak cinta.

Boleh PM/Call/SMS/WhatsApp 0163314797 untuk tahu semua tentang passion saya yang terbaru ni. Jom Jom Jom.





Regards,
Marina, Ibu Zidane =)

No comments:

Post a Comment