Monday, 14 October 2013

Atasi masalah kolesterol dengan 10 makanan ajaib dan Set Kolesterol Shaklee =)


Makanan ajaib? 

Tidak lah ajaib mana. Cuma, sebenarnya, ada makanan semulajadi yg boleh mengurangkan kolesterol secara tak langsung. Nak tau apa dia? Jom cek!

  • Kacang soya





Kacang soya ni mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Selain daripada tu ia mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis. Kandungan kalsium dan mineral dalam kacang soya ni pulak membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi. Ada yg berpendapat bahawa makan kacang soya berlebihan boleh menyebabkan penyakit yg bermacam jenis. Tapi take note satu benda, pernah dengar tak 'wasatiyyah' tu apa? Maksudnye bersederhana. So bersederhana la dalam pengambilannya. Jangan la terlalu obses dan jangan tak ambil langsung. Pinch of salt kata org putih. =P

  • Buah kurma



Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung yang sangat rendah.

Buah kurma ni kaya dengan serat dan kandungan flavanoid. Makan buah kurma, anda mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Kalau rasa tak lalu nak makan buah kurma ni sebab kita faham ada orang mungkin tak kuat manisnya. So boleh la cuba buah-buahan atau tubuhan lain sebab flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima. 


  • Kuaci




Hah. Ni kudap-kudapan yang paling sesuai sambil tengok tv. Orang cakap buat apa makan kuaci sebab kuaci ni tak mengenyangkan. Terselit kat celah gigi je. Tapi kita tak tahu, kuaci ni kaya dengan kandungan zat besi. Jadi, amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi sambil mengurangkan kolesterol.

Selain itu, kuaci biji bunga matahari juga banyak mengandunig vitamin B kompleks dan B6. Melalui penelitian dan kajian, kedua jenis vitamin ini terbukti mampu meningkatkan kapasiti memori serta kemampuan berfikir seseorang. Vitamin B6 berperanan dalam sintetis dan metabolisme protein, khususnya serotonin. 

Kandungan vitamin E di dalam kuaci juga mempunyai kandungan paling tinggi di antara rata-rata jenis makanan yang lain. Sebanyak 100 gram biji bunga matahari mengandung 30% dari jumlah yang direkemen untuk dimakan dalam sehari. Vitamin E yang bersifat antioksidan ini berperanan penting membantu melancarkan peredaran darah menuju otak.

See. Yang kita anggap ibarat kuaci di celah gigi ni la kadang2 bagi banyak khasiat kpd kita. =)


  • Epal Hijau



 Cliche kan? An apple a day, keeps the doctor away. Kalau kita makan sebiji epal atau jusnya setiap hari, kita dapat mengurangkan kolesterol dalam badan. Tahu tak, untuk penggemar makanan segera di luar sana, memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak. 


Antara lain, berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:

1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

  • Jambu Batu



Jambu batu ni sangat efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari. Menurut Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Menurut beliau jugak, buah buah jambu batu ni perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi. Buah jambu bati ni dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan. Best kan? Dah la sedap, berkhasiat pulak tu. 



  • Kacang Tanah


Kacang tanah mampu menurunkan risiko penyakit jantung. Sejumlah kajian telah menunjukkan bahawa dengan makan kacang-kacangan secara teratur boleh mengakibatkan penurunan risiko penyakit jantung. Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E. Vitamin E dapat membantu  menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung. Makan segenggam kacang tanah dan kacang lain sekurang-kurangnya empat kali seminggu untuk mengurangi risiko kardiovaskular dan penyakit jantung koroner.


  • Buah Mangga

Kecur air liur kan? Terbayang2 pencecah dan sambak rojak. Buah mangga kaya dengan vitamin C. Vitamin C pula berupaya mencegah LDL dalam badan. Tapi jangan risau, mungkin ada yg tak berapa suka masam2 ni. Anda boleh jugak makan belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Pendek kata, apa sahaja buah-buahan yg ada Vitamin C. 


  • Ikan Tuna


Ikan tuna mengandungi asid Omega 3 selain sardin dan salmon. Asid lemak ni memang berguna untuk pemeliharaan sistem kardiovaskular dalam tubuh.  Selain daripada itu, kalau kita makan ikan tuna, kita boleh melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL- Lemak jahat ni. Tapi jangan confuse. Bukan semua lemak jahat. Contohnye Omega 3 ni la. Lemak baik ni. =)


  • Kismis


Kismis ni mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol. Amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus. Saya prefer kismis yg warna gelap macam ni, Sebab saya percaya kalau kismis yang warna cerah tu, dah dibleach sebenarnya. Maka khasiatnya mungkin kurang. Just my 2 cents. =)


  • Bijirin Oat

Banyak kajian saintifik menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolesterol dalam darah. Dalam oat ada serat mudah larut. Oleh itu, kalau oat dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolseterol dalam darah, risiko penyakit jantung dapat dikurangkan.


Itu dia 10 makanan ajaib untuk turunkan paras kolesterol dalam badan. Kalau nak cuba secara semulajadi boleh la makan 10 makanan tadi. Semuanya sedap2 belaka kan.

Tapi kalau nak cuba Set Kolesterol Shaklee, boleh hubungi saya. Kita ada set mampu milik untuk semua. Biar semua orang dapat jaga kesihatan diri dengan supplemen bagus macam Shaklee.

PM/ Call/ SMS/ WhatsApp 0163314797 untuk TAWARAN HEBAT, HARGA ISTIMEWA & KONSULTASI PERCUMA!!



Regards,

Marina, Ibu Zidane =)























No comments:

Post a Comment