Monday, 28 October 2013

An apple a day, keeps the doctor away. =)



Pagi2 tadi baru je menjamah Mealshakes + ESP + Shaklee Collagen Powder. So sampai je ofis makan epal merah. Orang cakap an apple a day, keeps the doctor away kan. So rasa macam sihat sangat hari ni. Padahal semalam teman suami tengok bola sampai jam 2.30 pagi. Hehe.
Memandangkan saya makan epal pagi ni, saya nak kongsi khasiat epal ni. Seronok makan buah ni sebenarnya. Snek paling berkhasiat kalau nak dibandingkan dengan jajan yang tak sihat. Sesiapa yang nak turunkan berat badan, banyakkan la makan buah-buahan ni.
Jadi antara khasiat epal ni tuan-tuan dan puan-puan: 
1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena danfitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.
2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikalbebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia jugamemperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang kering.
3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah drpd tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang selkanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.
4) Jangan biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.
5) Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalammembantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.
6) Kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan.
Satu kajian mendapati mereka yang makan lebih lima biji epal seminggu memiliki fungsi paru-paru yang lebih sihat berbanding mereka yang langsung tidak makan epal.


Para saintis juga mengesahkan epal merupakan penyumbang kepada kesihatan jantung.
Pengambilan dua hingga tiga biji epal sehari dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam badan.
Menurut pakar pemakanan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, Tan Yeng Sing, epal menjadi kegemaran bukan sahaja kerana rasanya tetapi khasiatnya.
"Epal tidak mengandungi lemak, sebaliknya mempunyai kandungan nutrien dan serat termasuk antioksida yang meningkatkan prestasi badan dan kulit seseorang.
"Serat yang terdapat pada biji dan kulit epal membantu mengurangkan kekenyangan dan mencegah anda daripada makan berlebihan," katanya.
Bercerita mengenai kelebihan buah epal merah, pigmen merah yang terdapat pada kulit buah tersebut mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena.
"Ia adalah rahsia yang membuatkan buah epal sangat luar biasa. Bahan ini mempunyai pelbagai khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
"Selain antioksida yang berfungsi menjauhkan seseorang daripada serangan kanser kerana melawan radikal bebas dalam tubuh, likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung.
"Likopena dikenal pasti membantu merendahkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat)," jelasnya sambil memberitahu epal merah mengandungi komponen likopena yang lebih tinggi sementara epal hijau mengandungi karotenoid.
Bagaimanapun, kajian menunjukkan epal sememangnya baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, sekali gus mengurangkan kolesterol darah.
"Seperti kebanyakan buah, epal mengandungi vitamin C. Ia juga hos sebatian antioksida lain bagi mengurangkan risiko kanser dengan menghalang kerosakan deoksirinukleik (DNA).
"Kandungan seratnya membantu mengawal pergerakan usus dan merendahkan risiko kanser kolon," ujarnya.

Sekarang dah percaya kan? Allah takkan ciptakan sesuatu benda tu sia-sia. Cuma kembali kepada kita nak makan atau tidak, nak amalkan atau tidak. Paling penting, bersederhana dalam semua perkara termasuk MAKAN!
Nah, saya hidangkan gambar-gambar epal manis untuk tatapan semua!





Regards,

Marina, Ibu Zidane. =)




No comments:

Post a Comment