Thursday, 13 June 2013

Punca-punca ketidaksuburan & tips cepat hamil =)

Hari ni saya nak kongsikan punca-punca ketidaksuburan bagi kaum wanita dan lelaki. Bagi mereka yang dah  berumahtangga, sudah tentulah kehamilan si isteri sangat ditunggu-tunggu. Bagi yang dah kahwin lama tapi masih belum ada rezeki nak memiliki anak sendiri, jom kita sama-sama kaji punca-punca ketidaksuburan dan kalau kita tak ada masalah ketidaksuburan ni, kita tengok pulak tips untuk hamil. JOM!

Saya bukan doktor. Jadi apa saya kongsikan ni saya petik daripada bacaan saya sendiri dari website Metro IVF Malaysia.


Punca-punca masalah ketidaksuburan dikalangan wanita :

1.Gangguan pada telur menyebabkan telur tidak matang.

Keseimbangan hormon adalah penting ke arah mendapatkan kehamilan. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur tidak matang, gangguan dalam proses ovulasi dan gangguan proses luteinisation (process dimana folikel membentuk corpus luteum). Kadangkala terdapat juga wanita yang merembeskan sedikit hormon lelaki (androgens) dalam badan dan jumlah tersebut yang boleh menyebabkan gangguan kepada keseimbangan hormon, selalunya masalah ini wujud apabila berlaku ovarian cyst (struktur berupa folikel). Keseimbangan hormon juga boleh terganggu apabila mempunyai berat badan yang terlalu kurang atau terlalu berat, mengalami perubahan besar dalam berat badan dalam masa yang singkat, terganggu kerana melakukan aktiviti fizikal yang keterlaluan, terganggu disebabkan kelenjar thyroid tidak berfungsi dengan baik atau terganggu disebabkan perembesan hormon prolaktin, terganggu disebabkan kesan dari sesetengah ubat dan juga tekanan perasaan yang dialami. Ujian ke atas hormon dapat membantu untuk mengenal pasti puncanya.


2.Tiub fallopian yang tersumbat menyebabkan ketaksuburan.

Sesetengah wanita yang masih tidak mempunyai zuriat, kemungkinan tiub fallopian telah separuh tersumbat atau sepenuhnya tersumbat. Kebanyakkan tiub fallopian yang telah rosak berlaku akibat telah dijangkiti kuman(mungkin kerana telah berlaku sekian lama). Sebab yang lain yang barangkali boleh berlaku adalah disebabkan hamil pramatang yang mana janin telah menempel di dalam tiub fallopian bukan di dalam rahim (dipanggil kandungan ectopic) atau terdapat penempelan parut tisu didalamnya atau disebabkan endometriosis. Anda juga boleh melakukan ujian HSG (Hysterosalpingogram) untuk mengenalpasti punca masalah tersebut.


3.Endometriosis.

Endometriosis berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim)berkembang dan tumbuh diluar rahim itu sendiri. Hal ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku. Hal ini mungkin berikutan kerana terdapat sedikit selaput dalam rahim (endometrium) yang melalui tiub fallopian ke ruang abdominal semasa kitar haid berlaku. Hal ini telah menyebabkan berlaku radang/inflamasi setempat yang menyebabkan antara organ berdekatan abdominal melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laparoscopy akan membantu anda untuk mengenalpasti puncanya.


4.Antibodi menyerang sel gamet (telur dan sperma).

Dalam kes yang jarang berlaku ini, badan manusia itu sendiri tidak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel tersebut. Kes dimana antibodi yang menyerang sel sperma lelaki adalah lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.


5.Masalah pada rahim.

Keadaan rahim bicornuate (rahim dengan dua ruang membentuk seakan-akan tanduk) seringkali berlaku. Rahim akan membentuk seperti buah pear, seakan-akan bentuk hati dan mempunyai kawasan yang agak sempit dibahagian atas rahim. Keadaan ini tidak seperti dalam ruang rahim yang normal menyebabkan janin hanya mempunyai ruang yang sempit untuk membesar. Fibroid rahim adalah keadaan dimana terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang bukan mengakibatkan kanser yang terbentuk dari lapisan otot (myometrium) dan tisu penghubung di dalam rahim. Fibroid adalah ketumbuhan yang seringkali terjadi kepada wanita dan selalunya wujud semasa pertengahan dan penghujung bagi tahun pembiakan. Ia boleh membesar dan menyebabkan berat dan sakit semasa datang haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca kepada masalah tersebut.


Punca- punca masalah ketaksuburan dikalangan lelaki:


1.Masalah gangguan sperma yang tidak matang.

Kebanyakkan masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan sperma yang normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi. Air mani lelaki (mengandungi sperma dan cecair nutrient) yang dikatakan mempunyai kualiti normal apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1 mililiter (ml) air mani. Walaupun untuk lelaki yang subur, kebanyakkan antara sperma mereka juga mempunyai sperma yang tidak sempurna dan tidak boleh bergerak dengan betul, tetapi mereka perlu mempunyai bentuk yang normal sekurang-kurangnya 30% dan sekurang-kurangnya boleh mencapai 50% dari pada sperma tersebut yang boleh bergerak dengan betul. Jika nilai tersebut tidak dapat dicapai, kemampuan sperma untuk melakukan proses persenyawaan alah rendah. Bagaimanapun, jika mempunyai sperma yang normal tetapi mempunyai masalah untuk berfungsi boleh menghindarkan sperma dari menembusi telur juga. Keupayaan untuk menghasilkan sperma mungkin berkurang berpunca dari jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin lelaki boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab yang lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, Masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Terdapat jangkitan virus seperti selesema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma, tetapi hal ini selalunya bersifat sementara. Analisis Sperma diperlukan untuk mengetahui punca masalah tersebut.


2.Gangguan kepada pengangkutan sperma.

Dalam 4% dari kes-kes ketaksuburan lelaki, air mani yang mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki dalam badan seorang wanita melalui ejakulasi kerana salur duktus yang mengangkut air mani telah tersumbat. Situasi ini juga mempunyai kesamaan dengan salur tiub fallopio yang tersumbat. Kemungkinan hal ini terjadi disebabkan kesan melakukan pemandulan sebelum ini, tumbesaran salur duktus sperma yang terbantut atau terdapat parut tisu yang menyebabkan tersumbat, selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada tempat pembiakan sebelum ini.

Ok, bila dah tau punca-punca ketidaksuburan, jom kita baca pulak tips untuk hamil dengan cepat. Yang ni pon saya dapatkan daripada pembacaan dari alamhamil.com


11 Tips untuk Hamil dengan Cepat

1. Fahami Bagaimana Kehamilan Terjadi

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa Doktor Anda

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan Berat Badan yang Ideal

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui Waktu Subur Anda

Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan Seks Yang Lebih Kerap

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan Kesuburan Suami

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil Multivitamin

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam Secara Rutin

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil Makanan yang Seimbang

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.


  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera) 
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging. 
  • Makan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats. 
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya. 
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese
  • Memasak 
  • Bersenam 
  • Mendengar muzik 
  • Membaca dan mendengar audiobooks 
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri 
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga 
  • Beromantik dengan suami 


10. Kurangkan Tekanan

Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
  • Memasak 
  • Bersenam 
  • Mendengar muzik 
  • Membaca dan mendengar audiobooks 
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri 
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga 
  • Beromantik dengan suami 
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras

Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.


Ok, tu dia sikit sebanyak info untuk hari ni. Esok saya kongsi pulak set kesuburan shaklee untuk tatapan semua ok. Sama-sama jaga kesihatan. Baru ibu bapa gembira, anak sihat, keluarga bahagia! =)


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)













5 comments:

  1. Pengaruh aspek pemakanan kita memainkan peranan yang penting kerana ia mempengaruhi hormon dan nilai kesihatan kita. Terutama seseorang perempuan.

    ReplyDelete
  2. Salam . Bagi yang sukar hamil . Kitaran haid bermasalah . Kanser rahim atau sebagainya . Boleh whatsapp saya di 0174174051 . Produk saya mmg berkualiti πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘ŒπŸ½. Ramai yg dah berjayaaa πŸ‘¨‍πŸ‘©‍πŸ‘¦‍πŸ‘¦

    ReplyDelete