Wednesday, 8 May 2013

Tips menjayakan penyusuan susu ibu.


 Setiap ibu mesti ada impian untuk menyusukan anak mereka. Kalau boleh sehinga 2 tahun. Namun, tanpa ilmu, tentu penyusuan ibu sepenuhnya tidak berjaya. Pada saya, istilah susu tiada tidak sesuai untuk ibu yang baru melahirkan sebab Allah menciptakan manusia ni sebaik-baik kejadian. Bila dah melahirkan, dah tentu adanya susu. Konsep yang sama seperti makhluk lain seperti kucing. Kenapa kucing yang baru melahirkan sentiasa ada susu? Sebab antaranya kucing tak beri anak-anaknya susu tepung. Oppss! Ye, betul. Disebabkan adanya "demand & supply" maka penghasilan susu akan berterusan. Sebab tu kena ada ilmu dalam penyusuan. =) Nak tau tips menjayakan penyusuan susu ibu? Jom sama-sama belajar!


  • Kerapkan menyusu atau mengepam. : Susukan bayi anda sekuran-kurangnya setiap 3 jam pada setiap hari. Kalau bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan. Macam saya dulu, misi hospital jentik-jentik kaki comel zidane untuk pastikan dia bangun menyusu. Pada waktu malam, kejutkan bayi untuk menyusu lebih2 lagi kalau bayi tidur lebih daripada 4-5 jam. Kalau bayi menolak untuk menyusu, perah atau pam setiap 3 jam. Kena faham dan percaya kepada konsep "demand & supply". Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan. Semakin banyak permintaan susu, semakin banyak bekalan susu terhasil. Elok kiranya kalau kerap mengepam selepas jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi sebab hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 

  • Minum banyak air : Pastikan anda minum air yang banyak sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Kalau mampu, minum 3 liter air atau lebih. Kita kena faham bahawa air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu sebab dalam susu ibu terkandung lemak dan juga air. Kalau ibu sendiri kekurangan air, macam mana nak bagi bekalan susu untuk anak. Ye tak? =)

  • Berdisiplin :  Kalau boleh, jangan skip sesi pemerahan lebih-lebih lagi di hujung minggu. Kena berdisiplin. Sebab masa hujung minggu ni la sepatutnya kita mengumpul stok susu. Lebih elok kalau buat jadual sendiri. Maka dengan ini, kita boleh lihat sejauh mana inisiatif kita dalam menjayakan penyusuan susu ibu ni.

  • Jangan tunggu payudara penuh: Sesetengan ibu suka memenuhkan payudaranya sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Konsep ini adalah sangat-sangat SALAH.  Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan penyusuan lain adalah singkat. Maksudnya, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi pada waktu kita beranggapan payudara telah "kosong", bayi anda sebenarnya akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan. Sebab itulah, penyusuan yang kerap sangat digalakkan. Kalau boleh, 2 jam sekali!

  • Berfikiran positif : Ketika menyusu, belailah bayi anda. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Secara tidak langsung, anda sebenarnya merangsang penghasilan susu. Sekiranya anda bekerja, bayangkan bayi anda sedang menyusu di payudara anda ketika anda mengepam. Kalau boleh, masa mengepam, lihatlah gambar anak sambil berselawat dan berzikir Ya Mattin. Sentiasa tenang dan berfikiran bahawa susu sentiasa ada juga akan menyebabkan penghasilan susu terhasil dengan banyak. 

  • Teknik Marmet :  Amalkan teknik mamet sebab sebenarnya dengan teknik marmet, penghasilan susu adalah banyak. Dengan menggunakan pam, hanya 60%-70% susu boleh dikumpulkan, tetapi dengan menggunakan kaedah marmet selepas menggunakan pam ini, pengumpulan susu dapat dioptimumkan sehingga 100%. 

  • Tandem Nursing/Pumping : Menyusukan dan memerah serentak adalah satu lagi kaedah yang bagus. Jadi, cuba latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. Sambil anak dapat menyusu, kita pun dapat mengumpul stok. Sambil menyelam, minum air!

  • Penyusuan / Pengepaman lebih lama :  Kalau boleh, jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi ataupun ketika mengepam. Biarkan bayi menyusu sebelah bahagian sehinnga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian yang lain. Susu mempunyai 2 kandungann yang berbeza. Foremilk adalah susu yang mula-mula keluar sewaktu menyusu dan sekdar memenuhkan perutnya ataupun menghilangkan dahaga bayi semata-mata. Hindmilk pula adalah susu yang mempunyai kandungan lemak tinggi untuk tumbesaran yang terdapat pada susu di akhir-akhir penyusuan. Jika anda mengepam, ambil masa sehinggan 15-20 minit untuk sebelah payudara. 

  •  Penyusnan di waktu malam:  Amalkan menyusukan bayi di waktu malam sebab ianya akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan susu. Pada waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu dengan lebih lama dan kerap. Kadang-kadang mungkin sampai anda berdua tertidur!

  • Urutan:  Teknik urutan payudara yang betul juga akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu. Kalau nak belajar teknik mengurut, boleh la belajar menerusi www.breastfeeding.com.

  • Amalkan supplemen tambahan:  Ini adalah tips terakhir untuk menjayakan penyusuan ibu. Kenapa saya katakan terakhir? Sebabnya, kalau kesemua tips yang disebutkan di atas tidak dilakukan, maka, makanlah segala macam supplemen sekalipon, penyusuan ibu takkan berjaya. Supplemen tambahan ni adalah untuk mencukupkan semua nutrisi yang diperlukan oleh ibu yang menyusukan. Jadi jangan salah faham ye. Tak ikut konsep "demand & supply", susu takkan banyak. Tak minum air banyak, susu juga takkan banyak. Jadi, jangan komplen kalau dah ambil supplemen tapi susu tetap tak banyak.. =)








Ketahui supplemen untuk menjayakan penyusuan susu ibu anda!

Call / SMS / WhatsApp : 0163314797
PM saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA berserta tips dan konsultasi PERCUMA!


Regards,

Marina, Ibu Zidane =)


   

No comments:

Post a Comment