Tuesday, 12 March 2013

Doa depan kaabah.. =)





Bila la nak jejakkan kaki ke sini. Doa setiap hari. Terharu bila ada sahabat yg nak ke sana siap bagitau kat semua kalau ada yg nak kirim doa. Kiriman saya tak seberapa. Malah saya siap karang tukar kata ganti diri supaya senang sahabat saya baca. Ini doa saya. Saya tunjuk bukan sebab apa. Mana tau ada sahabat lain boleh tolong doakan sama. =)


"Ya Allah, sahabat aku Marina ingin memohon kepada Mu beberapa perkara:

i) Ya Allah, tetapkanlah Iman Marina, suaminya Mohd Norhafiz dan ahli keluarganya. Tingkatkanlah iman mereka dari hari ke hari dan matikanlah mereka semua dalam keadaan beriman.

ii) Ya Allah, Marina memohon kepada Mu agar Engkau menjadikan anaknya, Muslim Wajdi Zidane anak yang soleh. Berikanlah kejayaan kepada anaknya di dunia dan di akhirat.

iii) Ya Allah, bantulah Marina dah suaminya, Mohd Norhafiz dalam perniagaan yang akan dijalankan mereka. Mudahkanlah mereka dan lapangkanlah rezeki mereka. Jauhkanlah mereka daripada penyakit hasad dengki dan jauhkanlah dengki khianat dan dendam manusia lain terhadap mereka. Jauhkanlah mereka daripada rasa ujub dan takbur. Kurniakanlah mereka rezeki yang halal dan jauhi mereka dari rezeki yang haram dan syubhah. Berilah kekayaan kepada mereka, mudah mudahan dengan kekayaan yang mereka peroleh, mereka dapat mengeluarkan zakat yang banyak dan dapat membantu umat Islam yang lain.

iv) Ya Allah, Marina memohon kepada Mu agar Engkau memanjangkan umur mereka sekeluarga, mudah mudahan mereka dapat menggunakan umur yang panjang itu untuk mempertingkatkan amal ibadah kepada Mu.

v) Ya Allah, Marina memohon agar Engkau memilih mereka utk pergi menunaikan haji sebelum mereka berumur 35 tahun.

vi) Ya Allah, inilah sahaja hajat yg Marina ingin sampaikan kepada Mu. Dengan limpah rahmat Mu, terimalah hajat-hajat Marina ini.

Kredit kepada kiriman doa depan kaabah. =)

Cukupla doa panjang ni. Kalau nak panjang lagi, doa sendiri setiap hari. Seronoknye minta pada DIA. DIA xpernah mengeluh malah selalu memberi.  =)



Regards,
Marina, Ibu Zidane =)

7 comments:

  1. Insyaallah saya dan kakak akan menunaikan umrah pada 10 Apr. Saya minta izin untuk salin doa ni. Moga Allah beri keberkatan kepada ibu zidane. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Silakan. Ini pon saya kongsi dari carian di internet jugak. Cuma saya tukar dan adjust mana yg perlu. =) Semoga selamat pergi dan balik dari umrah. =)

    ReplyDelete
  4. mohon share ya. terima kasih

    ReplyDelete
  5. Mohon share ye sis..terima kasih

    ReplyDelete
  6. Mohon share ya kak. Thanks

    ReplyDelete